BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday 13 May 2012

mom :')

Bismillah .. assalamualaikum..

banyak dah owg dok post-2 HARI IBU di haram kan sambut.
mana sumber entah laa diorang .
but i believe ,
antara kite semua sambut b'cause of mom .
love forever !
memang bg kite setiap hari adalah hari ibu kite,
tp ibu kite jugak layak untuk di sambut .
ibu kite jugak layak untuk kite habiskan waktu kite demi nye
kalau BF korang boleh ,
why not mom tak boleh, kan ?
as long , korang masih beruntung ,
masih ada mak kandung :')
for me , ROHAYAH OMAR is my mom .
eventhough she is only my stepmother .
tapi hati ni tak pernah terlintas nak anggap die as mom tiri.
for me , she is everything .
i love her as mom ,
i love her than much i love myself.
ibu , ampun kan owg andai selama ibu besar kan owg ,
owg terlalu banyak melakukan dosa terhadap ibu,
ampun kan owg andai owg ade mengasari ibu ,
tertengking ibu ,
atau membuat ibu menangis :'(
ibu ,
owg nak ibu tahu ,
owg menyayangi ibu as mak owg.
tidak pernah hati ini membezakan mak dan ibu .
ibu ,
halal kan makan minum nak mu ini ibu .
ibu ,
doa kan kejayaan owg ibu ,
sesungguh nya , doa dari seorang ibu termakbul .
SELAMAT HARI IBU . TERIMA KASIH IBU !

owg selalu cakap ,
mom tiri memang tak boleh sekedudukan dengan kite laa,
mara-2 , tengking-2 .
kene ingat , ALLAH da tentukan corak hidup kite .
dan kite perlu tahu dan berfikir kenapa ALLAH tentukan hidup kite mcm ni ,
selagi kite bersabar ,
berdoa kepada allah lembut kan hati die ,
insyaallah , tadek ape yg mustahil .
walaupun mom tiri tak sebesar darjat nye dengan mom kandung ,
tp hidup aku hanya mengenali die as mom kandung.
dari kecik lg aku da kehilangan seorang mom .
bila owg tanya ,
kenal mak lg ta?
serius, tak kenal .
cume abah pernah pesan . 

'wani , kalau nak tengok muka mak , pandang laa muka akk kau.
muka die sama dengan arwah mak ' :'(

' baik abah . terima kasih . :')'

and he hugging me .

mungkin die sedih , dr kecik lalui banyak dugaan dalam hidup ,
tapi aku cuba tabah .
kadang-2 kawan kat U sekolah semua akan terkejut if aku cerita benda betul.
tak sangka seorang yg ceria sebalik nye penuh kedukaan hidup .
owg ade kata ,

perempuan yang banyak bercakap dan sentiasa ceria depan khalayak ramai adalah perempuan yang selalu menagis dalam diam dan ketika menghadap penciptanya .

dari usia 4tahun ,
my mom da pergi jauh mengadap ILLAHI ,
dalam ketika itu ,
aku masih kebinggungan .
mencari punca ape yg sedang belaku .
masih ku ingati lg ,
seorang makcik mendukungi ku sambil bawa ku ke arah sekumpulan wanita 
menguruskan jenazah .
sambil makcik berkata pada ku .
'wani itu mak wani , mak wani tidur lama , mak wani da meninggal'
kemudian die turunkan aku kepada jenazah ibuku ,
dan meminta aku menciumnya untuk kali terakhir.
aku dengan kebingungan menuruti ape kehendak nya.
kemudian makcik mendapatkan aku kembali .
aku ketika itu masih kecil ,
dan cuba memahami maksud nye .
kemudian ,
aku dilepas kan dr pelukan nye ,
aku berlari keanak-anakan menghdap ayah,abang dan kakak .
aku semakin bingung .
mengapa kah mereka ini menangis .
aku masih berdiam diri , 
dan duduk dalam pelukan seorang bapa .
bapa ku mengiringi ku ke suatu tempat.
tempat yang suram ,
banyak batu-2 bata sana sini .
aku masih memikirkan ,
ape kah tempat ini ?
aku menuju ke suatu tempat ,
aku dapati ada satu lobang besar di korek oleh orang-2 kampung.
aku berfikir ,
'untuk apakah lobang ini'
sambil aku monolog seorang diri.
aku dapat merasakan pelukan seorang ayah semakin renggang ,
die lepas kan aku kepada seseorang .
die masuk ke dalam lubang itu .
seperti menunggu sesuatu untuk di turun kan .
kemudian , aku nampak sebungkus jenazah di keluarkan dr keranda 
dan di masuk kan ke dalam liang lahat .
abah menyambut jenazah itu .
masih bertanya-2 ,
'kenapa mak kene masuk dalam lubang tu ? '
tp tiada siapa yang mengetahui sedang apa aku fikirkan .
selepas semua nye sudah selesai ,
aku melihat , abah kembali mendapatkan aku 
die duduk kan aku di riba nyaa.
dan ketika itu aku tanya kepada abah ku ,
'abah , kenapa diorang masukan mak dalam tanah tu ?'
abah hanya membalas ,
'mak pergi jumpa ALLAH , mak dah tidur lama. mak dah takde .'
sambil aku saksikan abah mengesat air mata nye .
dan aku menangis akhirnya .
kerana aku melihat seluruh keluarga ku menangis .

seingat aku , itu lah kali terakhir aku menatapi seorang mak .
kemudian , aku hidup tanpa seorang mak .
mak da jauh pergii .
yang mengambil alih menjaga aku ,
makcik ku .
die menjaga aku sehingga lah ayah ku mengahwini seseorang .
die mengahwini wanita itu ,
dan di kurniakan seorang cahaya mata .
iaitu adik kandung ku .
abah sering berpesan pada ku ,
'wani , kalau orang kata ni sape , katakan saja pada mereka ini mak wani yea?'
aku mengangguk kan aja .
sehingga laa aku membesar .
die yang bergelar ibu ,
die lah menjaga aku .
sehingga kini aku semakin membesar .
besar nye pengorbanan ibu .
membesar kan anak kandung nye serta 3 anak tiri nye .
walaupun die hanya lah ibu tiri ,
tp die tidak pernah mengabaikan tanggungjwab nya.

abah sering berpesan ,
'wani , walaupun die ibu tiri kamu ,
anggap lah die ibu kandung kami .
kerna die yang membesarkan kamu .
jika satu hari nanti abah telah tiada ,
jaga lah die seperti seorang ibu kandung .
jangan abaikan die
ingat, kamu ade adek lg sorang .
adik dan ibu kamu perlukan seseorang jika abah telah pergi nanti .
temani lah die ,
jagalah die ,
seperti mana die mejaga kamu ,
jangan sesekali kamu melupakan jasa baik die pada keluarga kite .
abah amanah kan kamu ,
jaga lah keluarga kite sebaik-baik nyee .

aku sehingga kini ,
masih berpegang pada amanah nye ,
dr amanah nya ,
aku turuti .
dan dari hari ke hari .
aku mula melupakan segala sengketa ku sejak kecil.
dan aku mula dapat rasakan kasih sayang seorang ibu .

'abah , owg janji abah . owg akan jaga amanah abah dengan baik
biar lah ape owg pk ,
asal kan owg jalankan tanggungjawab owg .'

alhamdulillah , dalam diri owg , owg masih menyayangi ibu 
dan mencintai ibu . owg menganggap ibu as ibu kandung owg abah .
terimakasih abah :')

#tiada yang mustahil kecuali kasih sayang dan doa dari seorang ibu . ALLAH telah menjanjikan , bahawa syurga di bawah tapak kaki ibu . 

0 kumenkumen: